Dari Meja Pengetua

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata dalam Blog Alumni SMKA Kuala Abang ini. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berjaya menubuhkan blog ini.

Penubuhan Blog Alumni SMKAKA merupakan salah satu wadah bagi mempertemukan semula semua bekas-bekas pelajar sekolah ini untuk berhubung dan berinteraksi di samping mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin. Hubungan erat ini juga diharapkan dapat disemai dalam kalangan bekas pelajar dan pelajar yang masih menuntut di sekolah sebagai cerminan kepada kerjasama yang utuh antara semua.

Dalam melayari cabaran serta arus globalisasi dunia pendidikan hari ini, penubuhan blog ini boleh dilihat sebagai pemangkin bagi persatuan bekas pelajar untuk memainkan peranan dalam menyalurkan sumbangan sama ada berbentuk tenaga atau buah fikiran untuk melonjak prestasi sekolah ke arah yang lebih baik. Segala pandangan dan cadangan yang bernas daripada anda amat kami alu-alukan.

Justeru, adalah diharapkan supaya Alumni SMKAKA dapat bersama-sama mengembeling sepenuh tenaga dalam memastikan SMKAKA lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. Semoga usaha murni ini terus kekal dan berpanjangan serta diberkati dan dirahmati olehNya. Amin.

 

‘HIDUP BIAR BERJASA’

Salleh bin Ab Bakar

Pengetua,

SMKA Kuala Abang.

About admin