Dari Meja Pengerusi

Assalamualaikum wbrt.

Terlebih dahulu saya merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, Alumni SMKAKA akhirnya dapat dilahirkan .

Walaupun persatuan ini baru ditubuhkan setelah 12 tahun berlalu, namun penubuhannya membawa harapan dan impian setinggi gunung. Bersamanya juga membawa harapan Pentadbiran Sekolah untuk melihat generasi SMKA Kuala Abang agar turut menyumbang jasa dan tenaga dalam usaha mengangkat kembali kegemilangan SMKA Kuala Abang

Ucapan terima kasih kepada Ust. Salleh bin Abu Bakar; Pengetua SMKA Kuala Abang yang membuka laluan seluas-luasnya untuk alumni SMKAKA menjadi salah satu sayap kekuatan sekolah selepas Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG). Semoga gabungan diantara pentadbiran sekolah, PIBG dan alumni SMKAKA ini dapat mewujudkan sebuah pasukan yang kuat dalam usaha mencapai Visi dan misi sekolah

Saya selaku Presiden Alumni SMKAKA amat terharu dan berterima kasih terhadap kerjasama yang telah sahabat-sahabat alumni tunjukkan. Walaupun mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerja dan keluarga, sumbangan terutamanya kewangan yang diberikan amat berharga dan berguna dalam usaha mengembalikan sinar kegemilangan SMKAKA. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua.

‘Memartabatkan kegemilangan SMKA Kuala  Abang’

Sekian, wabillahi taufiq wal hidaayah, wassalamualaikum wrbt.

About admin